Kek Lapis Jalur Gemilang

Hi..ini kek lapis yang pertama saya buat sebab nama kek ni interesting. Bukan setakat nama je menarik tetapi rasa kek ni sedap dan rupa kek ini turut menarik. Saya dapat resipi ni dari buku Rabiah Amit yang sangat popular dengan Kek Lapis Sarawak.Jadi anda cubalah buat...tak rugi...yang ada tu untung.^_^. Paling best kalau buat pada hari merdeka.

Bahan A :
10 biji telur
250 gram gula halus
250 gram tepung gandum
1 camca ovelette
4 camca susu tepung
3 camca tepung jagung
3 camca Horlicks

Bahan B :
400 gram mentega
170 gram seri kaya

Bahan C :
Pewarna merah dan kuning

Cara Membuat :
1. Pukul bahan A hingga ringan dan kembang. Ketepikan.
2. Pukul bahan B hingga kembang.
3. Satukan adunan A dan B, gaul sebati. Bahagikan kepada dua bahagian.
    (a)  1 bahagian warnakan merah.
    (b)  1 bahagian lagi warnakan kuning.
4. Masukkan adunan ke dalam botol sos yang berasingan.
5. Sediakan acuan 8 1/2" x 8 1/2 " x 4" ( gunakan apa saiz pun tak pa asalkan cukup untuk adunan yang dibuat tadi ). Picit adunan secara berselang-seli dalam bentuk jalur sehingga menjadi satu lapisan nipis memenuhi permukaan acuan. Bakar dengan api gril di dalam ketuhar bersuhu 250'C selama 3 minit.
6. Picit lagi adunan secara berselang-seli mengikut jalur warna seperti pada lapisan pertama tadi. Bakar dan ulangi proses sebagaimana dalam langkah 5 sehingga habis.
7. Akhir sekali, bakar di dalam ketuhar bersuhu 170'C selama 15 minit.
8. Keluarkan dan biarkan kek sejuk di dalam acuan.

Comments

Popular Posts